Thursday 29 September 2011

Cadangan & Penambahbaikan pada masa hadapan

1. Menggunakan rekabentuk yang lebih menarik dan futuristik.
2. Membina lanskap di persekitaran model rumah contohnya model pokok, rumput dan sebagainya supaya model rumah kelihatan lebih realistik.
3. Menggunakan bahan-bahan kitar semula atau barang-barang terpakai untuk membuat model rumah supaya kos projek dapat dikurangkan.
4. Membuat perbincangan dengan pensyarah dan rakan-rakan sekelas bagi mendapatkan idea serta pandangan bagi menghasilkan model yang lebih baik.
5. Melakukan lebih banyak pembacaan dan rujukan mengenai tajuk projek.

Hari Pameran Sains Teknologi & Masyarakat

Setelah bertungkus lumus menyiapkan model rumah yang mengaplikasikan teknologi hijau serta bahan-bahan lain, sekarang tibalah saat dimana hasil kerja kami dipemerkan. Berikut dipaparkan gambar-gambar yang sempat di'snap' semasa hari pameran berlangsung. 






(Langkah-Langkah Pembuatan) Rumah Teknologi Hijau

Langkah 1 : Membuat lakaran diatas kertas kosong.



Langkah 2 : Melukis lakaran diatas mounting board mengikut ukuran yang telah ditetapkan .



Langkah 3 : Memotong lakaran yang telah dilukis menggunakan pisau pemotong.

Keratan mounting board yang telah dipotong mengikut bentuk model rumah.

Langkah 4 : Membuat model tangga rumah dengan menggunakan penyedut minuman dan mounting board yang telah dipotong mengikut bentuk yang dikehendaki.

Penyedut minuman yang telah dipotong mengikut ukuran dilekatkan pada model tangga.

Langkah 5 : Membuat model bumbung yang mempunyai lubang pengudaraan juga dengan menggunakan penyedut minuman yang telah dipotong kecil dan mounting board yang telah dipotong mengikut bentuk yang dikehendaki.


Langkah 6 : Mencantumkan kesemua bahagian-bahagian model rumah iaitu dinding, bumbung, tangga dan lain-lain dengan menggunakan gam UHU.


Hasil akhir iaitu model rumah yang telah siap dibina :

Pandangan hadapan

Pandangan sisi

Pandangan belakang

Pandangan atas sisi kiri

(Bahan Pembuatan) Rumah Teknologi Hijau

Antara bahan yang kami perlukan ialah :


Gunting

Mounting board

Pisau

Penyedut minuman

Plastik transperensi

Gam UHU

(Pelan) Teknologi Rumah Hijau

Oleh kerana kita membincangkan pembinaan rumah, mari kita lihat sekali imbas keadaan rumah dan persekitarannya seketika


(Lakaran Rumah, Cahaya Matahari & Angin yang datang)

SEKARANG mari kita lihat pergerakan udara sejuk yang memasuki rumah dari persekitaran halaman rumah:

(Pergerakan Udara Sejuk yang memasuki rumah melalui persekitaran)

DAN sekaraang mari kita lihat pergerakan pergerakan udara di dalam rumah pula:
(Pergerakan udara di dalam ruang rumah)

Oleh itu, pastinya penciptaan bumbung rumah sangat-sangat perlu di ambil perhatian.Sama ada bumbung yang terbuka, mahupun yang boleh di ubahsuai buka-tutup perlu di bina. Cadangannya adalah seperti yang terdapat  dalam gambarajah di bawah:


(Contoh ruang bumbung rumah yang terbuka & boleh di ubahsuai terbuka)

Cukup saja entri kali ini. Dan selepas ini kita akan melihat bagaimana model rumah ini di bina :)

Bersambung dalam entri akan datang. Adios! 


Kriteria Ciptaan (Rumah Teknologi Hijau)

Berikutan tumpuan kami adalah kepada pergerakan angin, maka sudah tentunya ianya akan melibatkan bahagian atas rumah sama ada tingkap, dinding atas, mahupun bahagian bumbung rumah.


Jadi secara ringkasnya umum tahu bahawa pergerakan angin ialah secara perolakan, iaitu:
1) Udara lembab bergerak di bahagian bawah.
2) Udara panas bergerak di bahagian atas.

Contoh pergerakan Udara
Udara Panas (Merah) & Udara Sejuk (Biru)

Oleh sebab itu, pembinaan rumah teknologi hijau ini yang akan memanfaatkan sumber alam sepenuhnya pastinya akan mengambil kira utama pembinaan bumbung.


Bersambung dalam entri akan datang....

Wednesday 28 September 2011

Tumpuan Projek ( Laluan Angin & Cerapan Cahaya)

AGAK-agak andalah..............

Mengapa kita memerlukan kipas? 'Air-Cond'? nape eh? nape eh?
( Kipas bersumberkan alam sekitar)
ce ceta, ce ceta. kui3 (^^,)

Ianya adalah kerana kita berasa PANAS,RIMAS, dan senang kata kita biasanya akan memasang kipas/air-cond apabila berasa TIDAK SELESA.

Fuhh! Panas! Rimas...!

Jadi kami bercadang dengan pembinaan struktur rumah ini ianya akan dapat memanfaatkan sumber semulajadi iaitu angin dari persekitaran untuk mengurangkan kesan pemanasan daripada cahaya matahari terhdap rumah. Dengan cara ini, penggunaan elektrik untuk mengoperasikan peralatan seperti kipas dan air-cond dapat dikurangkan seterusnya menjimatkan kadar penggunaan elektrik harian. BETUL TAK?

Betul ke tak? betul ke tak? huuuuiisshh!!

Bersambung dalam entri akan datang...kipidap!!

Pemilihan Tajuk (Rekacipta-bentuk Rumah Teknologi Hijau)

Setelah menerima info dari perbagai sumber seperti pensyarah, pendapat kawan-kawan dan sebagainya, kami terfikir mengenai cara untuk menjimatkan kadar penggunaan letrik secara ALAM.


Secara Alam? Ya Alam!
Tapi bagaimana?

Adakah ianya dari segi:
a) Sumber bahan yang baru yang boleh di perbaharui?
b)Ciptaan alatan, teknologi yang baru yang dapat membantu penghasilan sumber?
c)Penggunaan struktur (rekabentuk) bangunan/kediaman yang mampu jimat tenaga?



AKHIRNYA kami telah bersetuju untuk memilih tema REKA CIPTA  bertumpu & berfokus kepada struktur reka bentuk rumah.

Adios!

Asal-usul idea Rumah Teknologi Hijau (3)

SUATU hari seorang pensyarah kami yang mengajar subjek " Sains, Teknologi & Masyarakat " telah berjaya membuat kami SATU KELAS mempunyai MUKA SEPERTI INI:
(Whoaaaaaaaaaaa!!!)
Kerana apa????kerana beliau telah menunjukkan 'KUASA ALAM' dalam menjanakan elektrik! contohnya seperti bangunan-bangunan di Dubai yang menggunakan semaksimumnya turbin angin sebagai sumber tenaga elektrik mereka.

Fuyyooo....cun..cun...ihiks! :P

WHOAAAA...memey puas hati arr...hu2

Lalu kami sekumpulan BERFIKIR...bagaimana kami boleh mengaplikasikan sumber alam ebagai penajana elektrik bagi negara beriklim khatulistiwa seperti Malaysia? Hmmm.......

(keep thinking, new ideas, creative innovations)

Bersambung dalam entri akan datang..

Tarif Bil Elektrik MENINGKAT!!!! (asal-usul idea penggunaan Teknologi Hijau-2)

Hasil dari 'penambahbaikan' (baik la sesangattt........) jumlah pembayaran bil elektrik hari tu, rupa-rupanya baru saya tahu bahawa telah  ketahui oleh umum 'punnnnn!' akan adanya ura-ura  kenaikan tarif elektrik ini, seperti yang di tunjukkan oleh sumber-sumber di bawah, (sama ada yang di kumpul dari medium media elektronik mahupun media cetak):

Juga ini...(bawah!bawah!)

(BESARRR PUNYA bukti ada kat sini..hu3)

Dan begitulah hendaknya bagaimana saya dan ahli-ahli kumpulan terus berfikir...bagaimana caranya boleh kita menjimatkan penggunaan elektrik?????

(Bagaimana caranya kita boleh menjimatkan penggunaan tenaga elektrik??)

Bersambung dalam entri akan datang..adios!

Tarif Bil Elektrik MENINGKAT!!!! (asal-usul idea penggunaan Teknologi Hijau-1)

Pada suatau hari, rakan serumah saya tiba-tiba bersuara...(sambil memegang sehelai kertas putih..macam bil elektrik saja nampaknya) " eh? betul ke ni? BANYAK nye kena bayar???Tak caya..tak caya... "


HAAA??Apa yang dah berlaku??????
(Gambar sekadar hiasan)
Lalu saya dan kawan-kawan ahli rumah yang lainnya mendekati beliau untuk mengetahui dengan lebih mendalam akan kisah peristiwa selanjutnya.."..apa hal????bayar bil letrik je kan?? "

"Ye laa...memang bil elektrik..masalahnya...jumlah bayarannya tu................
..................
..........
.......
LEBIH BANYAK DARI BIASA "  hadoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!  >_<

Argghhhhhhhh!!!hahahaha :D

Bersambung dalam entri akan datang...

Tuesday 27 September 2011

TEKNOLOGI HIJAU



Definisi
Teknologi Hijau merujuk pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. Teknologi Hijau merujuk produk, peralatan, atau sistem yang memenuhi kriteria-kriteria berikut :
  • Ia meminimumkan degrasi kualiti persekitaran; ia mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah atau sifar; ia selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan.
  • Menjimatkan tenaga dan sumber asli.
  • Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui.

Empat Tunggak Dasar Teknologi Hijau Negara 
• Tenaga - Mencari ketidakbergantungan tenaga dan mempromosikan kecekapan tenaga
• Alam sekitar - Memulihara dan meminimumkan kesan kepada alam sekitar
• Ekonomi - Meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan teknologi; dan
• Sosial - Meningkatkan kualiti hidup untuk semua.





Objektif
• Untuk mengurangkan kadar peningkatan penggunaan tenaga dalam masa yang sama meningkatkan pembangunan ekonomi; 
• Untuk membantu pertumbuhan dalam industri Teknologi Hijau dan meningkatkan sumbangannya kepada ekonomi negara; 
• Untuk meningkatkan keupayaan bagi inovasi dalam pembangunan Teknologi Hijau dan meningkatkan daya saing dalam Teknologi Hijau di persana antarabangsa; 
• Untuk memastikan pembangunan mapan dan memulihara alam sekitar untuk generasi akan datang; dan 
• Untuk meningkatkan pendidikan dan kesedaran awam terhadap Teknologi Hijau dan menggalakkan penggunaan meluas Teknologi Hijau. 


Kepentingan Teknologi Hijau

Teknologi Hijau diyakini boleh mengatasi masalah kemusnahan alam sekitar dan sumber asli, meningkatkan tahap kesihatan dan kehidupan, memelihara ekosistem, serta bebanan kos kepada kerajaan di dalam usaha menangani kesan negatif daripada pembangunan dan berperanan sebagai alternatif dalam usaha meningkatkan ekonomi negara tanpa menjejaskan alam sekitar.

Sektor Utama Dasar Teknologi Hijau Negara

Kemajuan yang signifikan dan peningkatan utama dalam empat (4) sektor utama yang berikut :

i)    Sektor Tenaga
  • Sektor Bekalan Tenaga: Aplikasi Teknologi Hijau dalam penjanaan tenaga dan pengurusan bekalan tenaga, termasuk penjanaan bersama (co-generation) di sektor industri dan komersial; dan
  • Sektor Penggunaan Tenaga Aplikasi Teknologi Hijau dalam semua sektor penggunaan tenaga dan dalam program pengurusan permintaan tenaga.
ii)    Sektor Bangunan
  • Menerima pakai Teknologi Hijau dalam pembinaan, pengurusan, pemuliharaan dan pemusnahan bangunan
iii)    Sektor Air dan Pengurusan Sisa
  • Menerima pakai Teknologi Hijau dalam pengurusan dan penggunaan sumber air, rawatan kumbahan, sisa pepejal dan kawasan pelupusan sampah; dan
iv)    Sektor Pengangkutan
  • Memasukkan elemen Teknologi Hijau dalam prasarana pengangkutan dan  kenderaan, khususnya biobahan api dan pengangkutan jalan awam.

Projek Roket